Faq

Mengapa down payment dan ansuran bulanan kereta di bawah program AGR CARTRADE tinggi dari bank.

AGR Cartrade menggunakan pelabur utk membeli kereta baru dan terpakai yg digunakan utk memberi kemudahan tanpa pinjaman bank kpd customer. Keuntungan terpaksa dibahagikan dengan pelabur dan AGR sendiri.

Oleh kerana konsep networking yg digunakan sekarang, dijangka kereta yang kena disediakan akan meningkat secara mendadak berbanding sebelum ini 50 unit sahaja sebulan. Peningkatan ini menyebabkan kos pengurusan juga meningkat. AGR tidak mengambil untung dari pendapatan program networking (100% payout). AGR hanya untung apabila customer bayar down payment serta ansuran bulanan.

AGR menyediakan konsep pemilikan mudah tanpa pinjaman bank dan satu2nya syarikat yg menyediakan perkhidmatan seperti ini di Malaysia. Oleh itu permintaan semakin meningkat darinsemasa ke semasa. Apabila permintaan melebihi penawaran, sudah tentu mana2 syarikatpun akan menaikkan harga.

Bagi networker, anda sebenarnya hanya keluarkan RM300 ke RM6,000 sahaja utk memiliki kereta di bawah program AGR. SELEBIHNYA down payment dan ansuran bulanan dibayar melalui pendapatan anda sebagai networker yg platformnya disediakan oleh AGR. Boleh dikatakan anda hanya keluar duit sendiri yang sangat minima untuk membeli sebuah kereta baru.

Mengapa perlu jumlahkan semua bayaran ansuran selama 9 tahun jika melalui program AGR CARTRADE anda boleh dapat pendapatan yang banyak dan mudah berbanding perniagaan lain? Buatlah penyelesaian awal anda akan menikmati rebet serta penjimatan yang banyak jika selesaikan baki harga belian sebelum 9 tahun.

Jika dibandingkan dengan kereta sambung bayar, down payment AGR lebih rendah atau sama dgn market. Dan kereta AGR adalah baru berbanding kereta sambung bayar sudah lama.

Jika dibandingkan syarikat kredit yg juga beri loan kpd blacklist (itupun maksima loan RM20k) mereka kenakan interest 10% hingga 12% serta penalti 1% sehari jika lewat bayar...

Apapun AGR bukanlah kereta mampu milik tetapi kereta mudah milik. Bagi yang tak mampu sekarang ni boleh buat network dulu. Bagi yang mampu dan nak mudah boleh ambil kereta ready stock dalam tempoh x sampai 2 jam!

AGR hanya nak tolong kpd sesiapa yg sanggup menolong diri sendiri... wallahu a'lam.


 Apa akan berlaku kepada pembeli skim sewa dengan opsyen membeli jika syarikat AGR tutup?


  • Semua kereta sewa dengan opsyen membeli AGR didaftarkan atas nama individu (pelabur) AGR. Pelanggan Skim Sewa dengan Opsyen Membeli boleh berhubung terus dan membuat bayaran kepada pemilik berdaftar kereta jika AGR tutup. Cuma amatlah sedikit kemungkinan AGR akan tutup jika pelanggan membayar ansuran (sewa) kereta setiap bulan kerana AGR akan menerima pendapatan daripada pelanggan setiap bulan. 



Apakah kereta yang dibeli melalui skim sewa dengan opsyen membeli AGR ada warranty seperti beli kereta baru biasa?


  • Warranty kereta baru yang dibeli melalui Skim Sewa dengan Opsyen Membeli masih boleh digunakan oleh pelanggan AGR sebagaimana mereka pemilik berdaftar kereta tersebut 


Bagaimana Jika Berlaku Kemalangan?


  • Jangan bimbang! Kereta anda diinsurankan jika berlaku kemalangan. Apa yang anda perlu lakukan hanyalah;
  • Jangan panik, hubungi bahagian customer service kami 012-6974380 atau Pengurus kami 01132597707.
  • Buat laporan polis dalam tempoh 24 jam. Jangan nyatakan anda menyewa. Hanya nyatakan anda memandu kereta tersebut. Email salinan repot kepada arsyam2211@gmail.com atau fax ke 03-89591409
  • Hubungi workshop (selalunya Longkai2 akan datang kepada anda, pilih mana yang anda selesa) yang boleh menguruskan tuntutan insuran untuk baiki kereta anda.
  • Beri nombor pejabat kami 03-89591408 dan nombor-nombor mobile di atas kepada workshop berkenaan
  • Beri nombor telefon workshop dan nama person in charge kepada staff AGR
  • Email resit atau apa-apa dokumen workshop kepada arsyam2211@gmail.com atau fax kepada 03-89591409
  • Kami akan uruskan yang selanjutnya
  • Anda hanya perlu bayar RM400 (excess) kepada workshop selepas siap dibaiki. Selebihnya insuran akan cover. Jika insuran enggan cover kerana anda silap buat laporan atau salah menjawab semasa ditemubual oleh pihak insuran (jangan sekali-kali nyatakan yang anda menyewa atau tunjukkan perjanjian anda dengan AGR kepada pihak insuran). Bagitau anda meminjam kereta tersebut dari owner.

Jika aada sebarang masalah hubungi kami semula.

No comments:

Post a Comment